Wednesday, November 11, 2020

Sejarah penubuhan syarikat Alhiyya (Milky Queen)

Assalamualaikum dan hai semua😍

Alhamdulillah harini dah 11.11 tahun 2020 uolls..

Pernah tertanya Milky Queen ni di bawah syarikat ape?? Uolls kena tahu yang Milky Queen adalah di bawah syarikat Alhiyya 💗okay jom admin ceritakan sejarah penubuhan syarikat Alhiyya, orang cakap kalau tak kenal maka tak cinta😉 eh maka tak tahu. 

Nama yang diberikan ialah Al-Hiyya yang membawa kepada singkatan Al-Imran dan Farahiyyah. Hasil gabungan 'Al' dan 'Hiyya' maka terjadilah Al-Hiyya. Al-Imran adalah nama suami kepada pengasas Al-Hiyya. Beliau lebih dikenali dengan panggilan 'Acik'. Manakala nama pengasas bernama Nur Farahiyyah Hazirah. Tarikh ditubuhkan ialah pada 13 Februari 2018. Korang nak tahu lebih lanjut mengenai Al-Hiyya?? Boleh terus klik sini untuk direct ke instagram Alhiyya💗

Pengasas Syarikat Alhiyya
Puan Farah bersama suami, Encik Al-Imran

Masa awal penubuhan syarikat ini adalah untuk menampung kos perkahwinan kerana Puan Farah masih menyambung pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin(Kampus Gong Badak) tahun akhir dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan Islam). Semua urusan melibatkan perbelanjaan adalah 100% di bawah tanggungjawab beliau. Oleh kerana itu, beliau bersungguh-sungguh dalam memajukan syarikat ini. Kemudian beliau menguruskan perniagaan bersama-sama dengan suaminya.

Kenangan pengasas Alhiyya (Puan Farah) di Unisza 



Puan Farah bersama rakan sekelas di Unisza


Pada awal penubuhan syarikat Al-Hiyya, produk yang dikeluarkan ialah Milky Queen. Milky Queen ialah produk sejenis tablet yang berada di bawah pengkelasan pemakanan yang hanya memerlukan sijil halal. Bukan sejenis supplemen. Kandungan utama Milky Queen ialah susu kambing, kurma, madu dan kolagen ikan salmon. 

Milky Queen 💗

Pada awalnya, segala urusan pengeposan, balas whatsapp pelanggan, pemasaran dan COD diuruskan sendiri dan sedikit sebanyak dibantu oleh mak mertua beliau. 

Puan Farah bersama pelanggan Milky Queen



  Puan Farah bersama pelanggan (COD area Terengganu)
     

Kemudiannya syarikat Al-Hiyya membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai. Pekerja bertambah seorang demi seorang. Dropship, Agent dan Stokis juga turut bertambah sehingga sekarang. 

Proses pos diuruskan sendiri oleh Puan Farah dan suami

Dari order sekotak untuk jualan pertama terus jadi berkotak-kotak untuk dijual alhamdulillah. Semoga syarikat Alhiyya berkembang maju aamiin. 

Dulu 

Sekarang


Milky Queen dapat membantu untuk menghilangkan sunburn, memudarkan parut jerawat @ luka, memberi tenaga, mengatasi masalah skin yg kusam, gelap, hitam, pori terbuka, tak bermaya, mengecutkan jerawat, memperbanyakkan susu badan untuk ibu menyusu, mencerahkan kulit di seluruh badan, merawat masalah kulit seperti Ekzema dan banyak lagi. 

Testimoni dari Puan Farah sendiri yang consume Milky Queen


      Testimoni dari pelanggan 
                                                                                                                               

Nak tngok feedback/testimoni lagi banyak boleh klik sini💗


Alhamdulillah permintaan Milky Queen semakin tinggi. Semakin hari semakin ramai pelanggan yang repeat order. Ramai juga yang berdaftar sebagai Dropship & Agent untuk mencari pendapatan sampingan disebabkan oleh pandemik Covid 19 di Malaysia yang menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan.

Kilang Milky Queen


Kini, tujuan sebenar adalah untuk fokus kepada orang ramai untuk mencari pendapatan secara sepenuh masa mahupun separuh masa. Semua bahan2 pemasaran seperti testimoni, copy writing dan coaching telah disediakan. Syarikat amat mengalu-alukan orang ramai untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada team Milky Queen. Semoga ianya mampu membantu orang ramai dalam keadaan pandemik sekarang. 

Berminat nak join family Milky Queen?? Boleh klik sini💗


No comments:

Post a Comment

Whatsapp Business

KENAPA EH KALAU TENGOK SELLER LAIN ADA YANG GUNA WS BUSINESS 🤔 ELEH GUNA JELAH WS BIASA... Okey meh sini nak bagitahu sikit kenapa ramai se...