Wednesday, November 11, 2020

Milky Queen suplemen atau makanan??

Assalamualaikum dan hai semua 😍

Untuk sharing kalini, admin akan jelaskan mengenai apa itu produk ubat, supplemen dan makanan.  Pengguna sering kali keliru sama ada produk yang ingin dibeli adalah produk ubat atau produk makanan.

Persoalan 1: Apa itu produk ubat dan produk makanan??

Produk ubat: Secara umumnya, produk-produk yang digunakan untuk tujuan menjaga kesihatan, mengekal atau mengembalikan fungsi anggota badan dan yang lebih khusus untuk merawat atau menyembuhkan penyakit merupakan produk ubat.

Ubat-ubatan

Produk makanan: Produk makanan adalah produk yang diambil untuk tujuan keperluan zat dan nutrisi badan. Produk makanan hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan pada nutrien tertentu sahaja. Contoh akuan fungsi bahan yang diluluskan adalah seperti vitamin C yang dapat membantu penyerapan zat besi daripada makanan; Zink penting untuk tumbesaran dan lain-lain lagi.

Tablet Kelapa

Jadi, Milky Queen ni dikategorikan sebagai apa ye??😄 Okay tuan/puan Milky Queen dikategorikan sebagai makanan ye. Milky Queen merupakan tablet susu kambing yang juga mengandungi bahan-bahan yang lain seperti vitamin C, kurma, madu dan banyak lagi seperti tertera di gambar di bawah.


Kandungan Milky Queen


Persoalan 2: Milky Queen ni supplemen ke??

Sekiranya sesuatu produk dijual dengan tuntutan untuk tujuan perubatan, maka produk tersebut adalah produk ubat dan bukanlah produk makanan. Contoh produk ubat seperti produk suplemen, herba tradisional, jamu dan vitamin. 

Milky Queen dikategorikan sebagai makanan kerana Milky Queen bukanlah untuk tujuan perubatan seperti merawat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Milky Queen memberikan kesan yang baik kepada pengguna seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

Kelebihan Milky Queen

Persoalan 3: Adakah makanan perlu kelulusan KKM??

Produk makanan tidak sepatutnya mempunyai sebarang nombor pendaftaran atau kelulusan KKM, hanya sesuatu produk ubat seperti produk suplemen, herba tradisional, jamu dan vitamin perlulah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Kawalan Dadah terlebih dahulu dan diberikan nombor kelulusan MAL sebelum boleh dijual di pasaran.

Oleh itu, kenapa Milky Queen tidak perlu berdaftar dengan KKM adalah disebabkan MQ dikategorikan sebagai kelas makanan. Untuk detail kelulusan Milky Queen bolek KLIK SINI.

Korang boleh tengok penjelasan di bawah mengenai produk yang memerlukan pendaftaran dengan KKM.



Semoga info ini memberi manfaat kepada semua 😁






No comments:

Post a Comment

Whatsapp Business

KENAPA EH KALAU TENGOK SELLER LAIN ADA YANG GUNA WS BUSINESS 🤔 ELEH GUNA JELAH WS BIASA... Okey meh sini nak bagitahu sikit kenapa ramai se...